Ramai juga lah yang bagi feedback yang sama. Harap2 showroom ikea yang cantik dan kemas lah yang dikatakan tu. Hihihi
Akak dan suami memang peminat barang2 ikea. Cumanya yang mahal2 sgt tu belum mampu nak beli. Lagi pulak jauh nak bawa balik. Kami di Terengganu. Harap2 lepas ni, ikea boleh lah buka satu cawangan sekitar Pantai Timur ni ye.
Teringat dulu masa mula2 decide nak beli rumah ni, memang kami tak banyak bajet untuk barang2. Memang niat mula2 beli rumah untuk buat homestay memandangkan kami dah skrg menumpang rumah ayah je. Rumah ayah pun takde orang tinggal. Alhamdulillah. Jadinya memang kami buat kira2 nak beli barang2 yang dalam bajet sahaja.
Dari tarikh buat bayaran pendahuluan sehingga lah boleh kunci rumah, lebih kurang 7-8bulan jugalah. Akak pun dah lupe juga. Tapi memang panjang lah masa tu. Jadi, setiap bulan kita beli satu atau dua barang yang dalam bajet. Memang buat list siap2 beserta bajet untuk setiap satu barang. Katil, tilam, peti ais, dapur, tv, sofa meja makan. Semua listdown siap2 dengan harga. Bila buat gitu barulah boleh elak dari pembaziran. Ye tak? 😊😊
Ni gambar lama. Masa mula2 setup homestay. Masa ni masih banyak lagi kena belajar. Beli cadar dgn selimut pun main hentam je. 😂😂 asal ada je masa tu. Kelakar pulak bila tgk gambar2 lama ni.
Alhamdulillah, makin hari kita makin pandai. Sedikit sebanyak baca situ sini, ada bajet lebih sket, kita beli sket2. Mula2 dulu takde sedia tuala pun. Skarang dah sedia dah. Dulu takde mesin basuh skarang dah ada. Sedikit2 kita tambah baik. Alhamdulillah
Banyaklah improvement selepas kita belajar ni. Takpe lah kita tak tau pun pada awalnya. At least kita rasa dan kita semangat nak belajar. In shaa Allah pasti dapat. Tak dapat banyak pun, dapat sikit pun alhamdulillah. Kan?
So, buat mereka2 yang baru nak mula menceburi bidang homestay ni, jangan risau kalau tak pandai. Sebab semua benda boleh belajar. Ok?
Selamat maju jaya
No comments:
Post a Comment