Friday, 19 July 2019

Senyum selalu ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Alhamdulillah dah setahun Mokku Seaview Guesthouse beroperasi kembali. Bermacam2 ragam tetamu yang kami jumpa. Tapi yang pastinya, setiap tetamu kami semuanya baik2. Alhamdulillah. Sesungguhnya tetamu yang baik juga salah satu cabang rezeki buat kami pengusaha homestay2 di Malaysia. Terima kasih Allah

Jadi, senyumlah
😊😊


Kalau ikutkan, dah masuk tahun yang keenam kami berniaga. Bisnes homestay ni baru masuk 2tahun, tapi sebelum ni kami dah berniaga macam2. Pernah join MLM. Pernah jual makanan beku. Pernah jual baju batik. Dah bermacam2 ragam pelanggan yang kami dah jumpa. Setiap satu memberi pengalaman yang amat berharga buat kami dan juga mematangkan hati dan jiwa kami. 

Jadi, sentiasalah senyum
😉😉

Betullah bila kita dah mula faham dan yakin bahawasanya setiap satu perkara yang berlaku hari ini adalah suatu ketetapan dariNya. Kita akan sentiasa redha dan terima dengan hati yang terbuka. Setiap kritikan kami pandang sebagai cabaran untuk kami lebih maju kehadapan. Terima kasih Allah atas semuanya. 

Jadi, wajiblah kita senyum
😘😘

Pernah dulu bila ada org kritik produk yang akak jual, terus rasa down. Terus rasa nak berenti jual. Dah taknak share apa2 lagi dah. Tapi sampai bila? Takkan hanya disebabkan orang complaint kata makanan kita tak sedap, kita nak berhenti memasak. Selera orang bukannya sama. Allah jadikan manusia kan berbeza2. Seorang kata tak suka, 99 orang lagi cakap makanan kita sedap! Jadi kenapa kita nak fikir yang seorang tak suka tu. Fikirlah yang 99 orang yang suka makanan kita tu kan? 


Jadi, senyumlah sayang
Kerana senyuman itu sedekah. 
Dengan sedekah, in shaa Allah hati kita lebih tenang. 
Dan dengan ketenangan itulah rezeki kita juga menjadi lancar. 
In shaa Allah. Aminn aminn aminn

😍😍😍

No comments:

Post a Comment