Saturday, 4 August 2018

Kuah Laksa/Laksam Terengganu

Hari ini KB rajin sket. Rasa nak makan laksa terengganu kuah putih. Haaa jangan tak tau, laksa terengganu ada kuah merah tau. Kami panggil kuah masak. Tapi yang tu belum pernah buat sebabnya tak brapa minat. 😁😁
 

Laksa korang boleh beli je kat pasar. Sekarang laksa yang kena rebus tu pun ada kat pasaraya. Sebabnya nak buat laksa bukannya mudah. Mane nak cari kebuk mane nak buat adunan. Takde masa. Beli siap je.

Cuma, kalau laksam, boleh lah nak cuba buat tapi KB beli je kat pasar. kuikuikui. KB bg jugaklah resepi laksam. Mana tau korg nak cuba kan?
 


RESEPI LAKSAM (hasil google)
 

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam 
Caranya, satukan je semua dalam satu bekas. Pastu buhlah dalam jug kalo nak senang tuang. Hihihi
Cara masak, panaskan pengukus pastu buhlah tudung periuk ke, pinggan ke apa2 jela yang leper dalam pengukus tu. Sapu minyak kat bekas leper tu. Sebelum curah adunan, kacau dulu. Supaya dia tak mendap. Curahlah tebal mana korang suka. Pastu tutup pengukus. Kukus lebih kurang 7-10 min, nanti dia jadi mcm gelembung2 gitu. Maksudnya dah masak lah tu. Boleh lah gulung. Guna pisau/grfu tolak perlahan2 dari tepi sampai abis. Paham tak ni? Akak takde gambar satu2 ni. Ahahaha. Pastu ulang langkah dari sapukan minyak. Dah siap!
KUAH PUTIH

Bahan-bahan

  • 1/2kg Santan
  • 2ekor Ikan selayang/kembung
  • Garam dan gula
  • 2 keping Asam gelugur
  • 4 biji Bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sesudu kecil lada hitam
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, kemudian masukkan dalam periuk, masukkan air. Rebus ikan sampai masak.
  2. Asingkan isi ikan dari tulang.
  3. Blend bawang putih, bawang merah, lada hitam(kalau rajin, tumbuk je tak payah blend skali. Tapi KB blend je senangg) dan isi ikan.
  4. Kemudian satukan dalam periuk, bahan yang dah di blend tadi, santan, asam gelugur, garam dan gula.
  5. Masak atas api sedang. Sampai mendidih
  6. Dah mendidih, tutup api. Petua supaya kuah lambat basi, perahkan limau nipis dalam kuah selepas tutup api. Kacau dan boleh tinggal.
Ulam?
 

Boleh pilih nak ulam apa. KB buat kobis, kacang panjang, taugeh dan timun. Cincang nipis dan halus2. Sedap!
 

Makan pulak dengan sedikit penambah rasa belacan, garam dan cili boh
 

Marbeles!!

No comments:

Post a Comment