Monday, 25 February 2019

3 Tempat Makan Sedap di Kuala Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman sangat dikenali sebagai negeri pesisir air yang cantik dimana disini terdapat banyak pantai-pantai yang menarik dan juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Jadi tidak pelik lah apabila tiba musim cuti sekolah, maka, penuhlah hotel-hotel dan rumah peranginan sekitar Kuala Terengganu dibanjiri pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Alhamdulillah

Dan semestinya apabila sampai kesini, bukan sahaja tempat peranginan yang ingin dilawati, malah makanan-makanan menarik dan sedap pastinya menjadi pilihan pengunjung. Dalam post ni, KB nak share tempat makan yang WAJIB anda cuba apabila sampai ke Kuala Terengganu khususnya

1. WARUNG POK NONG

Wahh, sebut je Warung Pok Nong kepada rakyat terengganu, pasti mereka akan kata, WAJIB CUBA! Menu yang pastinya menjadi pilihan ramai adalah SOTONG CELUP TEPUNG. Jangan risau, mereka yang tak suka sotong, anda boleh pilih untuk cuba IKAN CELUP TEPUNG. Yang pastinya segar dari laut



Jarak dari Mokku Guesthouse ke Warung Pok Nong adalah lebih kurang 20km. Dalam 30minit perjalanan lah KB bagi. Tapi, satu tips penting kalau nak ke Warung Pok Nong ni, wajib datang awal ye. Sebabnya beratur beb! Warung buka jam 3.00petang. Tapi, biasanya lepas zohor dah ramai yang menunggu ye. *wink*

2. FAUZI NASI KERABU

Dinobatkan sebagai antara 50 makanan gerai terbaik peringkat dunia baru-baru ini betul-betul membuatkan kedai Fauzi Nasi Kerabu ni dikenali ramai. Tetapi, bukan setakat dikenali sahaja, nasi kerabu di kedai ni memang antara yang sedap dengan pilihan lauk yang banyak.



Jarak dari Mokku Guesthouse ni cuma 1km je. Nak jalan kaki pun boleh. Dalam 15min berjalan kaki. Tapi nak lebih senang, naik kenderaan lah. Lebih selesa dan boleh jalan-jalan kat lain terus kan?!!

3. NASI DAGANG ATAS TOL

Atas Tol tu sebenarnya nama Kampung Atas Tol. Kih kih kih. Tapi jangan risau, cawangan Nasi Dagang Viral ni dah ada dekat dengan Bandar Kuala Terengganu.

Datang Terengganu tapi tak makan nasi dagang, memang dikatakan tak sah datang Terengganu. So, KB cadangkan boleh cuba NASI DAGANG ATAS TOL ni.



Anda boleh juga cuba TEH PENG SPECIAL mereka. nampak buih-buih tu. perghhh sedap!!

Disini juga ada menu lain selain Nasi Dagang. Anda boleh cuba NASI KUNYIT LAUK IKAN TONGKOL, NASI LEMAK dan juga MEE GORENG. Keropok Lekor pun ada cuma dinasihatkan datang awal juga, sebab beratur! Bukan pelancong je suka datang makan kat sini, KB rakyat Terengganu ni pun selalu datang. Opsss!! hihihi.. Jangan marah ye

Jarak antara Mokku Guesthouse ke NASI DAGANG ATAS TOL ni kalau kedai asalnya lebih kurang 13km. Agak-agak dalam 20minit lah perjalanan. Tapi jangan risau, cawangan terdekat ada lebih kurang 5-6km ke cawangan kedua. Dalam 10minit je perjalanan. So, jangan lupa datang Terengganu cuba makanan-makanan yang viral dan sedap ni ye!!

p/s : gambar semua dari sumber google. akak tak boleh nak kredit satu-satu. Harap-harap tuan gambar jangan marah ye