Wednesday, 28 November 2018

Keputusan UPSR dan Cuti Sekolah

Alhamdulillah dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengambil keputusan UPSR hari ini. Tahniah kepada semua, walau berapa pun keputusan yang adik-adik dapat, bersyukurlah. Teruskan berusaha kerana ni bukan pengakhiran. Setiap hari ada hari baru dan permulaan untuk semua orang. Jadikan kegagalan hari ini sebagai semangat untuk terus melangkah dan berusaha untuk mencapai kejayaan akan datang. In shaa Allah




Sudah seminggu cuti sekolah bermula. Sudah ada perancangan bila mahu balik kampung? Bila nak bercuti bersama keluarga? Rancang sebaiknya dan semoga perancangan kita dalam redha Allah sentiasa. 

Dan sememangnya bila tiba musim cuti sekolah, kami pengusaha-pengusaha homestay juga turut sibuk. Bukan setakat pengusaha homestay di Terengganu saja, malah seluruh negara juga. Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang semuanya penuh dengan tamu yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Seronok dengar kan? Seronok pun seronok juga, KB nak pesan buat semua pengusaha homestay. Jaga servis yang kita sediakan buat tetamu yang datang. Janganlah sebab nak dapat banyak booking, kebersihan rumah tak terjaga. Kesian tetamu semua datang tapi tidak mendapat servis yang sepatutnya...

Buat tetamu-tetamu yang bakal bercuti walau kemana juga destinasi pilihan anda, KB nak pesan juga. Jagalah rumah-rumah yang kami sediakan ni sepertimana kamu jaga rumah kamu. Janganlah membazir elektrik atau air. Juga jagalah kebersihan didalam dan juga diluar rumah tamu yang kamu sewa supaya kita semua dalam redha Allah. Allah suka yang bersih-bersih kan? Buat apa yang Allah suka, pasti Allah bagi juga apa yang kita suka. In shaa Allah


Mokku Seaview Guesthouse
Bandar Kuala Terengganu

Sebarang pertanyaan/urusan
Hubungi Kak Bee
0199897010

Homestay Kuala Terengganu

Lama tak menulis. KB bz benor. Ntah apa yang bz pun tak tau lah. Hihihi 


Hati sangat senang bila tengok homestay kita dah kemas dan bersih. KB cuba sediakan servis terbaik untuk semua guest KB. Kalau ada kekurangan dimana2 tu KB minta maaf dan mohon dihalalkan semuanya. Yelah, kita cuma manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Ye tak? 

Disebalik kebersihan tu, orang tak tahu mcmana kita bersihkannya. Hihihi.. KB share satu gambar tulang belakang KB selama ni. Tapi jangan bising2 ye. Dia taktau KB snap gambar ni. Hihihi


Jatuh bangun KB dengan dia. Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab kurniakan jejaka hensem yang pandai kemas rumah dan sentiasa bantu KB dalam semua hal. (jgn berangan nak buat menantu, dia dah ada mentua yang sayang dia. Kuikuikui) 

Oklah. Akak nak rehat. Nanti kita sambung lagi. Till next time..

Sebarang pertanyaan dan urusan boleh terus hubungi 
Kak Bee 0199897010 (call/whatsapp/telegram)