Sunday 10 November 2019

Planning Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Dah plan cuti sekolah tahun ni nak jalan-jalan ke mana?

Ada yang ke PULAU PINANG? Syok tu Penang, banyak tempat best seperti Art Gallery, muzium. Boleh bawa anak-anak jalan sambil mak ayah cari makan. Kan? Jeruk Pak Ali, Nasi Kandar. Yum Yum Yum 

Image result for penang

Ada yang plan ke MELAKA? Makan asam pedas. Jalan-jalan sekitar Jonker Walk, Melaka Wonderland, A Famosa, Zoo Melaka. Menarik tu. Boleh bawa anak-anak kenal tempat bersejarah.
 
Image result for melaka
 
Walau kemana pun kita semua hujung tahun cuti sekolah ni, KakBee nak pesan, buat perancangan awal. Make sure dah plan dimana nak menginap, berapa hari nak bercuti dan even pukul berapa nak bertolak, wajib plan elok-elok. Sebabnya, supaya kita semua sentiasa bersedia untuk apa jua kemungkinan. ok?

Tapi jangan lah kita rasa kita lebih baik dari Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah jua lah sebaik-baik perancang. Selepas kita dah rancang semua, serahlah semuanya kepada Allah. Minta yang baik-baik supaya yang datang juga yang terbaik untuk kita semua.
 
Image result for terengganu 
 
Image result for terengganu 
 
Image result for terengganu

Jom Jalan-jalan ke Kuala Terengganu
untuk penginapan, boleh hubungi akak
Kak Bee 019-9897010

**gambar google

Tuesday 30 July 2019

Homestay Murah Kuala Terengganu

Bersiaran kembali dari Mokku Guesthouse

Kak Bee(KB) dah lama tinggal blog ni sebenarnya. Pada asalnya rumah kesayangan akak ni memang akak buat homestay. Buat satu dua posting kat blog ni pastu tetiba ada customer yang nak sewa bulanan. Selepas kami berbincang, kami pun setuju untuk sewakan unit homestay KB ni. Kalau ikutkan rasa sayang, memang lah tapi KB dan Abang Wan(AW)~suami akak 😍 fikir sewa bulanan penyelesaian terbaik. MASA TU lah. Lagi pulak, penyewa tu nak masuk 6bulan je, so, ok jela kot

Tapi dah abis 6bulan, mereka tambah lagi setahun. Jadinya lebih kurang selepas setahun 5bulan, kami dapat balik rumah kami. Penyewa tu dengar katanya ada urusan diluar negara. jadi terpaksa let go unit ni. Takpe lah, KB dan AW ok je. Lagi seronok sebab dapat start balik bisnes yang tertangguh tu.

Disebabkan kami suami isteri suka sangat dengan blog2 deko, FB page dekorasi, barang IKEA, maka selepas sebulan kami ubahsuai rumah ni, alhamdulillah, Mokku Guesthouse kembali beroperasi


Barang-barang dalam rumah semuanya masih yang sama cuma kami cat baru, tukar lampu dan permaidani sahaja. Cantik tak?

Takpe, cukuplah sekadar cantik dimata kami kan? semoga customer Homestay Murah Kuala Terengganu selesa dengan perubahan baru ni. Kami cuba yang terbaik 😚😚


Mokku Guesthouse
Apartment Ladang Tok Pelam
Level 23, No 14

RM150/night

Sebarang urusan boleh terus hubungi Kak Bee
019-9897010

FB Page : Homestay Murah Kuala Terengganu
Instagram : homestaymurahkt
Airbnb : Mokku Seaview Guesthouse